Pages

Thursday, 26 April 2012

Mr Brown

    Hari ini Mr Brown tersenyum puas. Sudah lama dia menantikan saat untuk bersama-sama dengan mahasiswa mahasiswi yang lain. Bangga Mr Brown melihat mahasiswa dan mahasiswi yang sangat excited mendapat segulung ijazah setelah belajar bertahun-tahun lamanya di Universiti yang tersohor di daerah Sintok. 


    Tanpa disedari, Mr Brown terpaku memandang seorang mahasiswi yang mempunyai senyuman yang paling indah pernah dilihatnya. Mahasiswi itu adalah seorang gadis yang sangat manis. Mr Brown yakin bahawa dia telah mengharungi ranjau hidup yang sangat mencabar sepanjang perjalanannya di universiti itu. Lihat sajalah kerut di dahinya yang seolah-oleh menunjukkan ketabahan mengharungi cabaran. Matanya pula menunjukkan ketenangan disebalik kekalutan hidup dan senyumannya menunjukkan kepuasan terhadap hasil usahanya.


    Jika dulu, Mr Brown hanya menjadi pameran sepanjang Majlis graduasi universiti. Kini, Mr Brown akan menjadi milik mahasiswi tersebut. Terima kasih kepada ibu yang menghadiahkan Mr Brown kepada Miss....


Mr Brown with rayban..hehe

No comments:

Post a Comment