Pages

Monday 10 September 2012

Benarkah Penilaian Kita?

Benarkah penilaian yang kita buat terhadap orang lain adalah betul? Penilaian yang kita buat selalunya bergantung kepada siapa dia di mata majoriti manusia yang mengenalnya. Malah "first impression" banyak mempengaruhi penilaian kita terhadap seseorang. Walaupun tanpa mengenali hati budinya, adakalanya kita dengan mudah dapat membaca siapa dia melalui perwatakannya... 

Tapi itu cuma tanggapan awal sahaja. Tanggapan yang diberikan oleh kebanyakan orang yang pernah bergaul dengannya dan tanggapan kita melalui fizikalnya. Siapa sangka dia yang kelihatan sombong itu menjadi orang yang pertama membantu kita semasa kesusahan. Siapa sangka anak orang miskin itu sangat pemurah walaupun hidupnya serba kekurangan. Siapa sangka lelaki bengis itu adalah insan yang sangat penyayang terhadap binatang. Jadi benarkah penilaian kita?

Ini bermakna penilaian kita belum benar-benar terbukti betul. Jadi, apakah jalan yang selamat dalam membuat penilaian terhadap seseorang? 

Mulakan dengan melihat yang baik-baik sahaja tentang dia. Dia bodoh sombong ketika menyiapkan tugasan? Mungkin dia ingin mengkaji sendiri sebelum meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikannya. Dia tidak suka bertegur sapa dengan rakan sekerja? Mungkin dia sedang fokus terhadap kerjanya yang perlu dihantar dengan segera.Dia perempuan cantik yang menjaga statusnya? Mungkin saja dia menjaga kecantikannya daripada menjadi fitnah andai terlalu mudah bergaul dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.

Percaya atau tidak kadangkala penilaian kita terhadap orang lain mencerminkan siapa diri kita yang sebenar. Jika positif tanggapan kita terhadap orang lain maka itu mencerminkan diri kita yang optimis dan begitulah sebaliknya...

Jadi marilah kita membina penilaian yang baik-baik sahaja tentang dia dan terhadap diri sendiri. 

Friday 24 August 2012

Menu Istimewa Raya

Pasti ramai yang dah ketandusan idea untuk menyediakan menu rumah terbuka mahu pun menu istimewa untuk disajikan kepada tetamu, teman-teman atau yang tersayang. Rendang, ketupat, lodeh, sambal goreng, soto dan lemang adalah antara menu yang biasa disajikan di hari raya. Apa kata cuba menu UDANG MASAK TELUR MASIN sebagai menu istimewa... . 

Resipi ini sweetlilpiece pertama kali rasa sewaktu dinner di kedai makan berdekatan Danga Bay. Memang sedap. Selalunya di kedai-kedai menggunakan ketam sebagai bahan utama. tapi udang juga boleh disajikan untuk hidangan tetamu.  Hidangan ni sesuai disajikan dengan nasi putih, ikan kembung tiga rasa dan sayur sawi masak tiram.

Haa..mesti tak pernah cuba kan? Don't worry sweetlilpiece akan memberikan resipi ini.

Udang Masak Telur Masin




Cara memasak :


  1. Goreng udang hingga masak.
  2. Lecek kuning telur hingga hancur.
  3. Tumis bawang, cili padi, daun kari dan serai hingga naik bau.
  4. Masukkan telur masin ke dalam kuali.
  5. Tuangkan susu cair.
  6. Pekatkan kuah dengan tepung jagung. 
  7. masukkan udang yang telah digoreng.
  8. Tambahkan gula dan perasa sesedap rasa.
  9. Hidangkan lauk yang telah siap =)

Selamat mencuba =)

Thursday 23 August 2012

Selamat Hari Raya

"Yah, aku tak rasa apa-apala Syawal kali ni. Selalunya suasananya terasa meriah. Sibuk siapkan kuih raya dengan ummi abah. siapkan baju untuk adik-adik. Aku rasa excited sangat nak beraya. tapi kali ni macam suram pula suasananya. Dahlah awal ramadhan haritu aku tak sihat. Kemudian macam-macam berlaku...dengan ummi abah masih di hospital... hilang mood. Mood nak raya pun tak ada. Aku baru je berazam nak ubah diri aku jadi lebih baik..."



"Jue, sabarlah dengan ujian Allah ni. Kadang-kadang Dia berikan ujian yang lebih sikit bila kita berniat ke arah kebaikan. Tujuannya agar kita dapat teguhkan pendirian dan keimanan supaya perubahan itu dapat berlaku. Ramadhan adalah ruang dan peluang untuk perbaiki diri kerana fadhilatnya lebih buat Umat Islam berbanding bulan-bulan Islam yang lain. Walaupun Syawal adalah bulan kemenangan, kita tidak harus berhenti melakukan amalan-amalan yang baik yang telah kita mulakan di awal Ramadhan. inilah cabarannya Jue. "

"Betul juga apa yang kau kata Yah. Mudah sangat aku melatah bila diuji. Aku terus lemah semangat dan rasa macam tak ada harapan langsung untuk capai perubahan yang aku nak lakukan sedangkan peluang tetap ada. Aku je yang seolah-olah tertutup pintu hati. Insyaallah, aku akan buat pelan-pelan, "

"Cuba kau hayati makna takbir raya. Insyaallah hati akan rasa lebih dekat padaNya" 



Ini senario yang sering berlaku dalam hidup kita. Menjadikan Ramadhan dan Syawal sebagai platfom untuk memperbaiki diri. Memang tidak salah. Namun kita harus ingat. Biarlah istiqamah. Tidak akan sekali-kali berhenti mengalah. Teruslah berusaha dan berusaha agar dapat meraih kasih sayang Ilahi.

selamat menyambut Aidilfitri
sweetlilpiece memohon maaf di atas kekurangan yang ada =)





Friday 3 August 2012

Sayang & Cinta



Apabila hati sudah tidak mampu menyayangi dan mencintai manusia 

beralihlah untuk belajar  menyayangi dan mencintai 

Yang Menciptakan rasa sayang dan cinta 

kerna mendekatiNYA akan dapat memelihara hati 

untuk memahami erti sayang dan cinta yang sebenar








Thursday 19 July 2012

Aku Bukan Pilihanmu



          Keheningan malam benar-benar menggamit hatiku. Dendangan unggas malam pada kebiasaannya memberikan ketenangan tapi entah kenapa malam ini tidak langsung kurasakan ketenangan itu. Fikiranku melayang dek terimbau insiden siang tadi. 

Masih lagi terngiang-ngiang tangisan ‘si comel’ di lorong sempit itu. Merintih, meraung mencari ibu yang hilang entah di mana. Mata bundarnya seolah-olah meminta simpati agar aku membantunya. Dan dia terus mengekoriku sehingga langkahnya terhenti. Terhenti kerana aku terus berlalu. Namun aku hanya terus berlalu walaupun aku rasa seperti ingin mendekatinya.

          Itulah realiti insan pada hari ini. Yang daif, kotor dan jijik tidak mungkin didekati kerana tidak mahu tempias kotoran itu melekat dan mengotori diri. Apatah lagi mendekati si comel di lorong sempit itu. Tiada apa-apa manfaat yang dapat diperolehi dengan memberikan simpati kepada si comel itu. Aku diserang rasa bersalah. Mengapa tidak kufikirkan ini semua sebelum berlalu pergi. Aku bukan mereka yang belum mampu membuka mata dan hati.

Nekad 

          Keesokan harinya aku kembali ke lorong itu. Aku telah nekad untuk mengambil si comel itu untuk memberikannya kehidupan yang lebih baik. Aku yakin untuk memberikan perlindungan agar dia lebih selesa dan sihat seperti yang lain. 

              Aku benar-benar gembira melihat si comel masih berada di sebalik kotak yang melindunginya daripada terik mentari. Si comel itu bangun melihatku datang. Dia kelihatan ceria walaupun tubuhnya kelihatan lemah. Direnungnya aku dari jauh. Dengan segera dia berlari ke arahku. Tiada kata-kata mampu ku ucapkan selain rasa gembira kerana dia masih mengecamku. Segera kusambut si comel itu dan ku usap kepalanya.  



“Miao…”

Aku segera menoleh ke sisi apabila mendengar suara itu. Seekor kucing betina yang kurus berada disisiku sambil menggonggong seketul tulang. Tubuhnya terlalu kurus sehinggakan terlihat tulang rusuknya. 

Di saat itu jualah si comel itu melompat dari dakapanku dan meluru kearahnya. Dia diam apabila ibu kucing itu menjilat-jilat kepalanya seperti seorang ibu yang mengusap kepala anaknya. Si comel itu tidak mengendahkan tulang yang dibawa oleh ibunya walau sedikitpun. Namun wajahnya bersinar-sinar seperti telah menemui makanannya.

Aku sedar si comel itu lebih gembira ketika berada dekat dengan ibunya. Dan ketika itu juga aku sedar. Aku mungkin dapat memberikan keselesaan dan perlindungan yang baik untuknya tetapi belum tentu dapat menjaganya sesempurna ibunya. 

Dia tidak memilihku


Benar, DIA tidak memilihku untuk menjaga si comel itu. Namun, DIA memilih aku untuk melihat semua ini agar aku menghargai kehidupanku. Kini kumengerti bahawa disebalik kesempitan masih lagi ada sinar kebahagiaan.

 by, 
Qaseh Atifah

Tuesday 17 July 2012

Resipi Ramadhan

Alhamdulillah....akhirnya ramadhan tiba jua. inilah saat-saat yang ku nanti-nanti. Tidak puas rasanya dengan ramadhan tahun yang lalu kerana seperti ada kekurangan. Apa yang dirancang hampir tidak dapat dilaksanakan dek terlalu asyik dengan urusan yang kurang penting.

Eypa harap ramadhan kali ini dapat dijalani dengan penuh penghayatan. Dan....Sebagai langkah awal, menu utama ramadhan telah Eypa sediakan. Kepada yang  berminat, silalah cuba resipi ini =)


 p/s: Menu ini sebagai pembakar semangat Eypa untuk memeriahkan lagi sambutan ramadhan kali ini. Jika ramai yang mencuba, Eypa pasti berbesar hati.

Wednesday 27 June 2012

Keinsafan Yang Berbaki part 2


Sungguh merdu azan yang berkumandang pada magrib hari itu terutama dengan Kelunakan lauangan suara bilal. Bait-bait azan mengingatkan Adam bahawa setiap waktu kita diingatkan agar mendirikan solat dan menuju kejayaan. Benar, setiap hari dan setiap waktu umat Islam diingatkan akan siapa Tuhan dan Rasulnya. Malah, kita diajak agar mendirikan solat dan menuju kejayaan. Mengapa tidak diajak untuk mencari kekayaan? Mengapa tidak diajak untuk mencari kebahagiaan? 

Marilah mendirikan solat

Solat. Solat itu tiang agama. Tiang yang mengukuhkan jiwa insan ibarat tiang seri yang meneguhkan rumah agar teguh berdiri. Dengan solat yang khusyuk hati akan rasa lebih kuat.

Marilah menuju kejayaan

Kejayaan. Terlalu dalam makna kejayaan. Mengapa laungan azan mengajak menuju kejayaan? Rahsianya mungkin ada di dalam solat. Solat adalah waktu untuk kita dengan Tuhan. Waktu untuk mendapat belaian kasih sayang Ilahi. Merendahkan diri untuk dekat denganNya, mendapat keredhaanNya. Hati yang tenang selepas solat akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan pada setiap detik. Dengan kekuatan inilah kita akan dapat menuju kejayaan. 

Hati manusia sememangnya mudah berubah dan terusik dengan jentikan ujian walaupun hanya sebesar zarah. Mungkin itu rahsianya mengapa kita perlu memperbaharui diri dengan solat lima waktu. Dan peringatan itu diberikan dalam laungan azan. 

Mengapalah hati ini tidak pernah terdetik untuk menghayati makna di sebalik azan yang berkumandang. 

“Adik, jom masuk saf. Duduk di saf depan ni banyak sikit fadilatnya,” Adam tersentak apabila ada jemaah yang menegurnya. Hatinya rasa lebih bersemangat mendengar kata-kata jemaah tersebut.