Pages

Thursday, 23 August 2012

Selamat Hari Raya

"Yah, aku tak rasa apa-apala Syawal kali ni. Selalunya suasananya terasa meriah. Sibuk siapkan kuih raya dengan ummi abah. siapkan baju untuk adik-adik. Aku rasa excited sangat nak beraya. tapi kali ni macam suram pula suasananya. Dahlah awal ramadhan haritu aku tak sihat. Kemudian macam-macam berlaku...dengan ummi abah masih di hospital... hilang mood. Mood nak raya pun tak ada. Aku baru je berazam nak ubah diri aku jadi lebih baik..."



"Jue, sabarlah dengan ujian Allah ni. Kadang-kadang Dia berikan ujian yang lebih sikit bila kita berniat ke arah kebaikan. Tujuannya agar kita dapat teguhkan pendirian dan keimanan supaya perubahan itu dapat berlaku. Ramadhan adalah ruang dan peluang untuk perbaiki diri kerana fadhilatnya lebih buat Umat Islam berbanding bulan-bulan Islam yang lain. Walaupun Syawal adalah bulan kemenangan, kita tidak harus berhenti melakukan amalan-amalan yang baik yang telah kita mulakan di awal Ramadhan. inilah cabarannya Jue. "

"Betul juga apa yang kau kata Yah. Mudah sangat aku melatah bila diuji. Aku terus lemah semangat dan rasa macam tak ada harapan langsung untuk capai perubahan yang aku nak lakukan sedangkan peluang tetap ada. Aku je yang seolah-olah tertutup pintu hati. Insyaallah, aku akan buat pelan-pelan, "

"Cuba kau hayati makna takbir raya. Insyaallah hati akan rasa lebih dekat padaNya" 



Ini senario yang sering berlaku dalam hidup kita. Menjadikan Ramadhan dan Syawal sebagai platfom untuk memperbaiki diri. Memang tidak salah. Namun kita harus ingat. Biarlah istiqamah. Tidak akan sekali-kali berhenti mengalah. Teruslah berusaha dan berusaha agar dapat meraih kasih sayang Ilahi.

selamat menyambut Aidilfitri
sweetlilpiece memohon maaf di atas kekurangan yang ada =)





No comments:

Post a Comment