Pages

Wednesday, 27 June 2012

Keinsafan Yang Berbaki part 2


Sungguh merdu azan yang berkumandang pada magrib hari itu terutama dengan Kelunakan lauangan suara bilal. Bait-bait azan mengingatkan Adam bahawa setiap waktu kita diingatkan agar mendirikan solat dan menuju kejayaan. Benar, setiap hari dan setiap waktu umat Islam diingatkan akan siapa Tuhan dan Rasulnya. Malah, kita diajak agar mendirikan solat dan menuju kejayaan. Mengapa tidak diajak untuk mencari kekayaan? Mengapa tidak diajak untuk mencari kebahagiaan? 

Marilah mendirikan solat

Solat. Solat itu tiang agama. Tiang yang mengukuhkan jiwa insan ibarat tiang seri yang meneguhkan rumah agar teguh berdiri. Dengan solat yang khusyuk hati akan rasa lebih kuat.

Marilah menuju kejayaan

Kejayaan. Terlalu dalam makna kejayaan. Mengapa laungan azan mengajak menuju kejayaan? Rahsianya mungkin ada di dalam solat. Solat adalah waktu untuk kita dengan Tuhan. Waktu untuk mendapat belaian kasih sayang Ilahi. Merendahkan diri untuk dekat denganNya, mendapat keredhaanNya. Hati yang tenang selepas solat akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan pada setiap detik. Dengan kekuatan inilah kita akan dapat menuju kejayaan. 

Hati manusia sememangnya mudah berubah dan terusik dengan jentikan ujian walaupun hanya sebesar zarah. Mungkin itu rahsianya mengapa kita perlu memperbaharui diri dengan solat lima waktu. Dan peringatan itu diberikan dalam laungan azan. 

Mengapalah hati ini tidak pernah terdetik untuk menghayati makna di sebalik azan yang berkumandang. 

“Adik, jom masuk saf. Duduk di saf depan ni banyak sikit fadilatnya,” Adam tersentak apabila ada jemaah yang menegurnya. Hatinya rasa lebih bersemangat mendengar kata-kata jemaah tersebut.

1 comment:

  1. kalau ada kesilapan maklumat sila betulkan ye...
    =)

    ReplyDelete