Pages

Sunday, 10 June 2012

Bunga-bunga Cinta Ilahi


Entah kenapa kadangkala hati rasa berbunga-bunga. Perasaan seperti insan yang sedang jatuh cinta. Walau hakikatnya tiada jejaka yang bertahta di hati ini. Hanya perasaan hatiku yang berada di awangan mimpi indah ini. 

Perasaan sedang jatuh cinta…

Tak mungkin wujud melainkan uda dan dara sedang menjalin cinta. Apatah lagi hubungan dibina menuju ukhwah yang lebih akrab dan halal. Tapi inilah hakikatnya dalam diriku. Perasaan itu wujud. Namun tidak kupasti kepada siapakah perasaan itu ditujukan. 

Indah…

Sangat indah merasai nikmat perasaan ini. Adakah jodohku juga sedang merasai nikmat perasan ini? Alhamdulillah, moga dia juga begitu. Sesekali aku tersenyum mengingati dia. Apabila mengingati dia yang tidak kupasti siapa,  aku sering membayangkan dia yang sangat menyayangiku dan mencintai ibu, Allah dan rasulnya. Insan yang sederhana perawakannya tetapi sangat utuh jiwanya. Dia yang dapat membimbingku mengharungi lautan hidup yang sering tak terduga. Dia yang tidak akan meninggalkanku kerana cintanya pada Ilahi. 

Adakah aku sudah bersedia untuk menemuinya? Adakah dia juga sudah bersedia untuk menemuiku? Mengapa kami masih belum disatukan mengikut syariatnya? Astaghfirullah… janganlah aku ragui perancangan Ilahi. Allah sedang merancang pertemuan dan penyatuan kami yang penuh dengan barakah dan rahmatNya. Sabarlah wahai hati. Carilah dulu cinta Ilahi kerana bunga-bunga cinta Ilahi akan melahirkan cinta yang paling indah. 

Mungkinkah rasa berbunga-bunga itu adalah perasaanku kepada yang Maha Pencipta? Syukur, Alhamdulillah… aku pasti bahagia jika Dia merancang untuk bertemuku.

“Allahu akbar! Allahu akbar!”

Ya Allah, dah masuk subuh rupanya… Nur tersedar dari lamunannya. Azan subuh yang berkumandang mematikan lamunannya. Baru dia berniat untuk membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu subuh. Rupa-rupanya dia sudah terlalu jauh menggelamun. Bingkas dia bangun mengambil wudu’ untuk menunaikan tanggungjawab pertama di permulaan hari - mencari cinta Ilahi.=)

No comments:

Post a Comment