“Awak, saya blur la…
Stress agaknya. Serious tak tau nak buat apa…” fikiran Adam kusut.
“Hmmm…inilah manusia. Ada masalah
sikit dah serabut. Hilang arah tak tau nak buat apa. Cubalah awak alihkan
tumpuan dengan buat perkara yang berfaedah. Tak adala awak tertekan sampai blur
macam ni,” Balqis memberikan nasihatnya.
“Tak
pasal-pasal saya dapat ceramah free… awak bukan tau pun apa masalah saya,”
“
Kesian betul awak ni... macam ni lah. Awak ikut saya malam ni. Awak siap-siap pakai
baju melayu. Nanti saya bawa awak kat satu tempat ni,”
“Eh, lain macam je awak ni. Saya tak nak kahwin lari dengan awak. Hahaha..."
“Awak!!!”
“Hehe…Okey…
Awak nak bawa saya ke mana?”
“Ish… sempat lagi nak berseloroh. Saya
nak bawa awak pegi kat satu masjid ni. Sebab tu saya suruh pakai baju melayu. Awak
ikut je eh. Before magrib saya ambil awak depan rumah,”
“Okey,”
Perbualan
mereka terhenti di situ. Adam tertekan. Ada perkara yang mengganggu fikirannya
sejak akhir-akhir ini. Dia akui bahawa dia tidak mampu sembunyikan kerisauannya
seorang diri. Dan dia tahu Balqis pasti ada cara untuk membantunya walaupun dia
tidak meluahkan perkara yang mengganggu fikirannya.
Setelah
siap memakai baju kurung dan bertudung, Balqis segera menghidupkan kereta dan
bergerak menuju ke rumah Adam. Waktu magrib hampir tiba. Balqis tenang memandu
keretanya menuju ke masjid yang dikatakannya itu. Adam yang pada mulanya
tertanya-tanya masjid yang menjadi destinasi mereka kembali diam membisu
apabila Balqis hanya memintanya menurut sahaja.
“Awak,
buka dashboard tu,” Adam menurut sahaja. Mereka sudah tiba di masjid tersebut
tapi apa lagi yang Balqis ingin dia lakukan.
“Awak
ambil Yassin tu. Lepas solat magrib, awak baca Yassin tau. Kita balik lepas
Isyak ye,” Adam tersenyum.
Mereka
meneruskan langkah masing-masing menuju ke ruang solat di dalam masjid
tersebut. Adam tidak dapat menafikan akan keindahan masjid yang diukir dengan
ayat-ayat lazim. Setiap sudut dipenuhi dengan ayat suci Al Quran sehinggakan
Adam tidak dapat mengelak untuk membacanya. Hatinya tersentuh walaupun hanya
dibaca di dalam hati.
bersambung...
No comments:
Post a Comment