Diam
tak diam, Bulan Mei sudah melabuhkan tirainya untuk membuka ruang kepada bulan
Jun yang sudah lama menanti. Pelbagai suka duka telah dilalui sepanjang bulan
ini.Tapi bulan ini jugalah yang sangat bermakna kerana banyak sambutan yang Eypa
dah lalui. Sambutan Hari Ibu, Hari Guru, Birthday Mama dan tak lupa….birthday Eypa.hehehe…
Hari Guru
Hari guru adalah hari yang
bermakna buat semua insan yang bergelar guru. Bukan kerana banyaknya hadiah yang
diterima tetapi kerana penghargaan yang diberikan. Penghargaan di atas ilmu
yang dikongsi. Nilai bagi ilmu yang dicurahkan bagi seorang guru terletak pada
perubahan palajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik. Nilai inilah yang
menjadi penghargaan yang tak mungkin dapat dilupakan. Terima kasih cikgu!!
Birthday Mama
Birthday mama adalah antara
hari yang penting bagi Eypa dan keluarga. Inilah tarikh kelahiran insan yang
paling banyak berjasa dalam hidup Eypa. Dia sentiasa tahu apa yang terbaik
untuk kami sekeluarga. Dia jualah insan yang pertama ingat tentang hari penting
dalam hidup kami. Hadirnya menjadikan hidup kami kelihatan sempurna walaupun di
saat kami menghadapi kesusahan. Semoga mama sentiasa sihat dan muda =p hehehe…
My Birthday
Tentunya hari yang paling
penting bagi Eypa… Hari diri ini dilahirkan. Setiap kali menyambutnya, rasa
syukur menyelubungi diri kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup
sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memimpin. Memimpin diri ini untuk
menjadi insan yang lebih baik. Insyaallah… Syukur juga kerana di usia ini masih
diberikan peluang dan kesedaran ini.
Selamat tinggal bulan Mei!! Jumpa
lagi di tahun hadapan =)
No comments:
Post a Comment