Keheningan malam benar-benar menggamit
hatiku. Dendangan unggas malam pada kebiasaannya memberikan ketenangan tapi
entah kenapa malam ini tidak langsung kurasakan ketenangan itu. Fikiranku
melayang dek terimbau insiden siang tadi.
Masih lagi terngiang-ngiang
tangisan ‘si comel’ di lorong sempit itu. Merintih, meraung mencari ibu yang
hilang entah di mana. Mata bundarnya seolah-olah meminta simpati agar aku
membantunya. Dan dia terus mengekoriku sehingga langkahnya terhenti. Terhenti
kerana aku terus berlalu. Namun aku hanya terus berlalu walaupun aku rasa
seperti ingin mendekatinya.
Itulah realiti insan pada hari ini.
Yang daif, kotor dan jijik tidak mungkin didekati kerana tidak mahu tempias
kotoran itu melekat dan mengotori diri. Apatah lagi mendekati si comel di
lorong sempit itu. Tiada apa-apa manfaat yang dapat diperolehi dengan
memberikan simpati kepada si comel itu. Aku diserang rasa bersalah. Mengapa
tidak kufikirkan ini semua sebelum berlalu pergi. Aku bukan mereka yang belum mampu
membuka mata dan hati.
Nekad
Keesokan harinya aku kembali ke lorong
itu. Aku telah nekad untuk mengambil si comel itu untuk memberikannya kehidupan
yang lebih baik. Aku yakin untuk memberikan perlindungan agar dia lebih selesa
dan sihat seperti yang lain.
Aku benar-benar gembira melihat si comel masih berada di sebalik kotak yang melindunginya daripada terik mentari. Si comel itu bangun melihatku datang. Dia kelihatan ceria walaupun tubuhnya kelihatan lemah. Direnungnya aku dari jauh. Dengan segera dia berlari ke arahku. Tiada kata-kata mampu ku ucapkan selain rasa gembira kerana dia masih mengecamku. Segera kusambut si comel itu dan ku usap kepalanya.
Aku benar-benar gembira melihat si comel masih berada di sebalik kotak yang melindunginya daripada terik mentari. Si comel itu bangun melihatku datang. Dia kelihatan ceria walaupun tubuhnya kelihatan lemah. Direnungnya aku dari jauh. Dengan segera dia berlari ke arahku. Tiada kata-kata mampu ku ucapkan selain rasa gembira kerana dia masih mengecamku. Segera kusambut si comel itu dan ku usap kepalanya.
“Miao…”
Aku segera menoleh ke sisi
apabila mendengar suara itu. Seekor kucing betina yang kurus berada disisiku
sambil menggonggong seketul tulang. Tubuhnya terlalu kurus sehinggakan terlihat
tulang rusuknya.
Di saat itu jualah si comel itu
melompat dari dakapanku dan meluru kearahnya. Dia diam apabila ibu kucing itu
menjilat-jilat kepalanya seperti seorang ibu yang mengusap kepala anaknya. Si
comel itu tidak mengendahkan tulang yang dibawa oleh ibunya walau sedikitpun.
Namun wajahnya bersinar-sinar seperti telah menemui makanannya.
Aku sedar si comel itu lebih
gembira ketika berada dekat dengan ibunya. Dan ketika itu juga aku sedar. Aku
mungkin dapat memberikan keselesaan dan perlindungan yang baik untuknya tetapi belum tentu dapat menjaganya sesempurna ibunya.
Dia tidak memilihku
Benar, DIA tidak memilihku
untuk menjaga si comel itu. Namun, DIA memilih aku untuk melihat semua ini agar
aku menghargai kehidupanku. Kini kumengerti bahawa disebalik kesempitan masih
lagi ada sinar kebahagiaan.
by,
Qaseh Atifah