Sungguh
merdu azan yang berkumandang pada magrib hari itu terutama dengan Kelunakan
lauangan suara bilal. Bait-bait azan mengingatkan Adam bahawa setiap waktu kita
diingatkan agar mendirikan solat dan menuju kejayaan. Benar, setiap hari dan
setiap waktu umat Islam diingatkan akan siapa Tuhan dan Rasulnya. Malah, kita
diajak agar mendirikan solat dan menuju kejayaan. Mengapa tidak diajak untuk
mencari kekayaan? Mengapa tidak diajak untuk mencari kebahagiaan?
Marilah
mendirikan solat
Solat.
Solat itu tiang agama. Tiang yang mengukuhkan jiwa insan ibarat tiang seri yang
meneguhkan rumah agar teguh berdiri. Dengan solat yang khusyuk hati akan rasa
lebih kuat.
Marilah
menuju kejayaan
Kejayaan.
Terlalu dalam makna kejayaan. Mengapa laungan azan mengajak menuju kejayaan?
Rahsianya mungkin ada di dalam solat. Solat adalah waktu untuk kita dengan Tuhan.
Waktu untuk mendapat belaian kasih sayang Ilahi. Merendahkan diri untuk dekat
denganNya, mendapat keredhaanNya. Hati yang tenang selepas solat akan lebih
bersemangat untuk meneruskan perjuangan pada setiap detik. Dengan kekuatan
inilah kita akan dapat menuju kejayaan.
Hati
manusia sememangnya mudah berubah dan terusik dengan jentikan ujian walaupun
hanya sebesar zarah. Mungkin itu rahsianya mengapa kita perlu memperbaharui
diri dengan solat lima waktu. Dan peringatan itu diberikan dalam laungan azan.
Mengapalah
hati ini tidak pernah terdetik untuk menghayati makna di sebalik azan yang
berkumandang.
“Adik,
jom masuk saf. Duduk di saf depan ni banyak sikit fadilatnya,” Adam tersentak
apabila ada jemaah yang menegurnya. Hatinya rasa lebih bersemangat mendengar
kata-kata jemaah tersebut.